Selamat Datang Para Pejuang Thibbun Nabawi. Thibbun Nabawy Sebagai Solusi Sehat Secara Syar'i

04 Agustus 2011

Madu sebagai bukti pengobatan Ilahiyah


Bukti kebenaran sabda Rasulullah SAW tentang pengubatan dengan madu.  (diterjemahkan dari bahasa melayu)

Sebuah majalah di Kanada, Weekly World News, edisi 17 Januari 1995, memberikan penjelasan berikut trhadap khasiat kayu manis dan madu, dari hasil temuan para pakar ilmuan Barat Moden. Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah serta mengobati 14 jenis penyakit.

Berikut adalah diantaranya:

1. Jerawat
Campurkan 3 sendok madu asli dan 1 sendok kayu manis. Kemudian, sapukan campuran itu pada muka (bahagian yang ada jerawat) lakukan sebelum tidur. Pada pagi harinya, bersihkan wajah anda dengan air hangat. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.Hasilnya, akan menyingkirkan jerawat anda langsung ke akar2nya. Selain itu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga dapat merawat masalah kulit seperti ekzim.

2. Sakit perut
Campuran madu dan kayu manis juga dapat melegakan sakit perut serta membersihkan perut.
Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping itu juga ,juga dapatmenurunkan berat badan.

3. Flu
Sekumpulan saintis Spanyol telah berjaya membuktikan bahwa madu asli mengandungi bahan aktiv yang mampu membunuh virus penyebab flu.

4. Keguguran rambut
Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, bisa menggunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sendok madu dan 1 sendok serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 mnit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi
Kalau sakit gigi, ambil 1sendok serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sendok teh madu asli.
Letakkan campuran tadi pada gigi yang sakit tadi. Amalkan 3 kali sehari sehingga hilang rasa sakit gigi.

6. Pencernaan
Bagi melancarkan sistem pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sendok madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Sakit pada saluran kencing
Jika anda ada masalah jangkitan kuman pada salurani kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteri yang ada didalamnya.
Caranya:
Ambil 1 sendok madu asli dan 2 sendok serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan ke dalam segelas air hangat. Amalkan untuk minum air tersebut.

8. Kolestrol
Untuk mengurangi kadar kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam waktu kurang daripada 2 jam?
Caranya:
Ambil 2 sendok teh madu dan 3 sendok teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 ons teh dan minum air tersebut.

9. Sakit jantung
Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis ini dapat mengurangi resiko serangan jantung. Ia dapat membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta menyeimbangkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Nyeri sendi
Sekiranya anda pesakit nyeri sendi, amalkan meminum campuran segelas air panas dengan 2 sendok campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari. Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 penderita  yang mencuba perawatan ini berhasil sembuh 100%.

11. Sistem imunitas
Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunitas serta melindungi tubuh daripada bakteri jahat.Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahwa madu asli mengandung kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

12. Masalah kesuburan
Bagi lelaki; ambil 2 sendok madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Untuk wanita; ambil 1/2 sendok serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sendok teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran
Minum segelas air panas yang dicampurkan dengan 1 sendok teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini setiap pagi.Ia membantu menyegarkan nafas dan membantu pendengaran secara normal.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik
Untuk penjagaan kesehatan anda, amalkan meminum setiap hari;
Campuran 3 gelas air teh panas dengan 4 sendok madu asli dan 1 sendok serbuk kayu manis.

Sumber: 

http://www.helium.com/items/689841-health-benefits-of-cinnamon
http://www.facebook.com/note.php?saved&&note_id=10150200753599865 dan dari berbagai sumber lainnya

0 komentar: